Tata cara berudhuk


Wuduk @ Uduk (Mengambil air sembahyang)
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: "Sembahyang salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk".

Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
·         1. Sembahyang-sembahyang sunat.
·         2. Thawaf di Baitullah.
·         3. Menyembahyangkan mayat.
·         4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
·         5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
 
Syarat-syarat Wuduk
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
  • 1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
  • 2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
  • 3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
  • 4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
  • 5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
  • 6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.
 
Rukun-rukun Wuduk
Rukun wuduk itu ada enam perkara:-
 
 http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/images/w_tgn.gif
 http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/images/w_hdg.gif
BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH
BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG
 
1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-
http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/images/wuduk_niat.gif
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/images/w_mkall.gif 
http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/images/w_mk.gif 
NIAT & BASUH SELURUH MUKA
DARI TELINGA KIRI-KANAN
 
2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.
 http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/images/w_tgnall.gif
 http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/images/w_tgnsku.gif
HUJUNG JARI HINGGA SIKU
MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI
 
3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.
 http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/images/w_kpl.gif
 http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/images/w_tlg.gif
MENYAPU AIR KE KEPALA
MENCUCI KEDUA TELINGA
 
4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.
 http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/images/w_kki.gif
 http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/images/w_kkiri.gif
MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI
MULAKAN KAKI KANAN/KIRI
 
5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.
 
6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
 
Selesai mangangkat Wuduk hendaklah membaca Doa Selepas Wuduk
 
Sunat-sunat Wuduk
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
  • 1. Menghadap ke arah Kiblat.
  • 2. Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • 3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
  • 4. Berkumur atau bersugi.
  • 5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  • 6. Menyapu air ke kepala.
  • 7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  • 8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  • 9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  • 10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  • 11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  • 12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
  • 13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
  • 14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  • 15. Berjimat ketika menggunakan air.
  • 16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
  • 17. Membaca Doa Selepas Wuduksetelah selesai berwuduk.
 
Perkara yang membatalkan wuduk.
Enam perkara membatalkan wuduk:-
  • 1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
  • 2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
  • 3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
  • 4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
  • 5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
  • 6. Murtad.
 
Perkara yang sunat untuk berwuduk.
  • 1. Sehabis keluar darah dari hidung.
  • 2. Sesudah mengantuk.
  • 3. Hendak berjalan jauh.
  • 4. Sehabis ketawa berbahak-bahak.
  • 5. Ragu-ragu dalam berwuduk.
  • 6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
  • 7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
  • 8. Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
  • 9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
  • 10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
  • 11. Ziarah ke kubur.
  • 12. Memegang atau memikul mayat.
  • 13. Jika dalam keadaan marah.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

PASAMBAHAN MAKAN BUKITTINGGI

PIdato Pendek " Man Jadda Wajada "

Doa harian muslim