Tata cara berudhuk
Wuduk @ Uduk (Mengambil air sembahyang) Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: "Sembahyang salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk". Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:- · 1. Sembahyang-sembahyang sunat. · 2. Thawaf di Baitullah. · 3. Menyembahyangkan mayat. · 4. Sujud tilawah atau sujud syukur. · 5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran. Syarat-syarat Wuduk Syarat sah Wuduk itu ada enam:- 1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk) 2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk se